Nur al-Shams
Warkah al-mujawwad wa hidayat al-mudawwad dengan beberapa tulus dan ikhlas serta putih hati yang tiada berhingga dan kasih yang tiada berkesudahan selagi ada edaran cakerawala bulan dan matahari sabit juga adanya iaitu daripada Syahbandar Mahbub di dalam negeri Selangor barang disampaikan Tuhan sarwa alam sekalian apalah kiranya datang kepada khadrat yang musyarrafah iaitu sahabat sahaya Tuan Gurnador yang memerintahkan bandar kota Pulau Pinang dengan adil saksamanya dan amat mengasihi dan menolongi daripada segala dagang senteri yang pergi mari serta bertambah2 jua martabat yang kebesarannya dan kemuliaannya serta istirehat dan sihat afiat ‘ala al-dawam amin ya rab al-‘alamin wa ba’dah
kemudian daripada itu barang maklum kiranya Tuan Gurnador itu maka adalah sahaya menyuruhkan saudara sahaya iaitu Nakhoda Muhammad orang Bugis tua jak itu sebuah pencalang mengadap Datuk Gurnador itu akan membeli opiun barang berapa kadar rial pembelinya itu dua puluh peti atau lima belas peti barang berapa ada rialnya itu tetapi minta sahaya kepada Tuan Gurnador itu hendaklah Tuan Gurnador beri opiun yang baik sekali bangsa bendahari itu dan janganlah opiun bangsa yang lain Tuan Gurnador beri opiun kepada saudara sahaya Nakhoda Muhammad itu opiun bendahari itulah beri kepada saudara sahaya Nakhoda Muhammad itu serta Tuan Gurnador tolong daripada hal sakit sukarnya saudara sahaya Nakhoda Muhammad itu dalam Pulau Pinang itu harablah sahaya akan tolong Tuan Gurnador daripada barang suatu hal ahwalnya dalam Pulau Pinang itu akan saudara sahaya Nakhoda Muhammad itu daripada sakit sukarnya dan daripada jual belinya itu maka satu pun tiada hanyalah doa sahaya siang dan malam serta kirim tabik sahaya banyak2 kepada Kapitan Uskut itu tamat
tamat tersurat kepada dua puluh tiga hari bulan Zulhijah kepada hari Ahad tam
dan lagi sahaya minta tolong opiun bendahari barang dua peti jika percaya Tuan Gurnador melainkan serahkan kepada Encik Ahmad anak saudara Datuk Penggawa Muda yang ke Pulau Pinang disuruhkan Yang Metuan Selangor itu jangan tiada adanya opiun itu tamat
No comments:
Post a Comment