Ya Nur al-Shams wa al-Qamar
Bahawa ini surat tanda tulus dan ihlas serta suci putih hati selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan iaitu daripada Tuan Sayyidi Ja’far di dalam negeri bandar Selangor Darul Husus barang disampaikan Tuhan khalaq al-ard wa al-sama` oleh kiranya kepada sahabat kita Senyur Gurnador di Pulau Pinang serta dengan sahabat kita Kapitan Uskut ialah yang amat arif bijaksana kepada melakukan kesukaan segala sahabat handai dan taulannya maka kita pohonkan kepada Tuhan khalaq al-ard wa al-sama` barang dilanjutkan usia umur zamannya di dalam dunia ini supaya bertambah2 kebesaran serta dengan beberapa kemuliaan amin thumma amin wa ba’dah
ada pun kemudian daripada itu akan hal akhwal seperti kehendak Dato’ Gurnador itu setelah adalah sudah maka hendaklah dengan segeranya Dato’ menyuruhkan kici ke Selangor di dalam bulan ini juga ada pun kemudian daripada itu akhwal sebab pun labat sahaya memberi surat kepada Dato kerana sahaya sakit terlalu banyak maka ini adalah senang sedikit maka inilah sahaya memberi surat kepada Dato’ maka hendaklah segeranya ke Selangor suruhkan akhwal inilah sahaya menyatakan ‘izzah bertambah2 sihat pergi surat kepada dua likur hari bulan Jamadil Awal kepada hari Isnin tamat
No comments:
Post a Comment