Ya ‘Aziz al-Rahim
Salam doa daripada bonda Tengku Puang Daeng kepada ana’anda Gurnador Pulau Pinang yang amat mulia aziz izzat Allah Ta’ala bi al-nasr wa al-tamkin dan beroleh pangkat ‘izzat dan darjat iaitu daripada Tuhan Rab al-‘arsy al-‘azim barang dipeliharakan Allah daripada bencana seterunya dan ditinggikan Allah Taala bertambah2 kekayaannya dengan kuasa kudratnya dimenangkan Allah Taala daripada seterunya dan dijau[h]kan Allah Taala daripada bahaya senjata seterunya dan disejahterakan Allah Allah Taala ana’anda dengan segala anak cu2nya min dar al-dunya ila dar al-akhirat hartinya diselamatkan Allah Ta’ala di nenggeri dunia dan di dalam nenggeri akhirat amin Allahumma amin ajma’in
kemudian dari itu barang ta’rif kiranya ana’anda maka adalah orang hutangan bonda bernama Si Lembang anak beranaknya berhutang pada bonda enam puluh rial maka ianya ada di nenggeri ana’anda di Pulau Pinang maka itulah bonda pinta tolong pada ana’anda ambil rial enam puluh itu serahkan kepada orang yang membawa surat ini bernama Si Mamu dengan surat ana’anda bersama2 di dalam itu pun jika ada ana’anda itu orang berikan mari dengan surat ana’anda Gurnador jika tiada boleh rial ana’anda ambil tubuhnya beri mari pada bonda lagi pun ia rakyat Selangor juga rindu gunung tinggi harablah bonda akan penolong ana’anda ahwal itulah bonda ta’rifkan tamat al-kalam bertambah2 ‘ala al-dawam
maka alah tanda tandanya dalil hayat tandanya hidup itulah minyak sapi suatu takar ana’anda terima ambil akan jadi barang2 gunanya tamat
No comments:
Post a Comment