Tuesday, October 6, 2020

Surat Penggawa Pulau Telibong kepada Francis Light (MS 40320/7, f.43) berkaitan Nakhoda Abdul Wahab yang berada di Pulau Pinang

 Al-Mustahaqq

Surat tulus ikhlas serta kasih sayang iaitu dari adinda Penggawa Pulau Telibong barang disampaikan kiranya kepada kekanda Gurunador yang istirehat dalam negeri Pulau Pinang yang amat pandai pada memerintahkan dengan sahabat handainya selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan nantiasa kasih sayang tiada berkeputusan sampailah gahnya ke mana2 dari atas angin dan ke baruh angin kedengaran bahananya 


syahadan kemudian dari itu barang maklum kiranya kekanda ahwal maka adalah saudara adinda itu Nakhoda Abdul Wahab adinda beri pergi mengikut teman ada enam orang minta dengan tolong kekandalah sakit sukarnya Nakhoda Abdul Wahab itu bermula minta dengan tolong kekandalah beri mari Nakhoda Abdul Wahab itu dengan segeranya sampai pada adinda ahwal itulah adinda nyatakan maka khabar orang ada teman adinda itu dalam Pulau Pinang minta dengan tolong kekandalah segala perintah khabar adinda ini nyatalah pada nakhoda itu intaha al-kalam

No comments:

Post a Comment