Saturday, October 24, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.80) berkaitan wakil baginda untuk surat perjanjian (Isnin, 21 Syaaban)

 Al-Mustahaqqah 

Surat kasih sayang daripada beta Yang Dipertuan sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang termasyhur gah kepujian pada jalan berkasih kasihan dengan segala handai sahabat dan pandai memerintahkan pada segala pekerjaan serta mengenangkan kasih ayah beta Paduka Marhum alaih rahmatullah taala wa al-ghufran 


maka jadilah beta menyuruh penggawa pada sahabat beta menentukan segala perintah maka sudah sahabat beta balas surat beta segala yang tersebut di dalamnya fahamlah beta maka tersebut sahaja sahabat beta berkehendak pada jalan kebajikan dengan beta maka akan rial hasil Pulau Pinang itu sahabat beta hendak beri enam ribu pada tiap2 tahun jika beta kehendaki lebih daripada itu sahabat beta hendak nyatakan pada Jenderal di Benggala maka perintah itu kembali pada sahabat beta pada fikir pendapat beta segala2 tiada sahabat beta hendak memandang pada jalan kerugian dan kecederaan beta maka itulah beta suruh anak beta Raden Muhammad dan Tokku Alang Ibrahim dan Penggawa pergi terima surat janji daripada sahabat beta dan sahabat beta pun boleh pegang taruh surat yang diperbuat anak beta itu dan Tokku Alang Ibrahim dan Penggawa genap perkaranya sahabat beta berbicaralah dengan wakil beta ketika itu inilah beta nyatakan pada sahabat beta buat surat selikur haribulan Syaaban hari Isnin tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment