Wednesday, October 21, 2020

Surat Raden Muhamad kepada Francis Light (MS 40320/7, f.74) berkaitan surat kepada Sultan Kedah (Khamis, 20 Jamadil Akhir)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang muafakat yang tiada berkeputusan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada beta Raden Muhamad sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah termasyhur gahnya mengasihi sahabat handai 


ahwal akan surat sahabat beta beri mari pada nakda teman Uwan takrif pinta beta maklumkan pada ke bawah duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia maka sudahlah beta maklumkan maka itulah duk titah baginda suruh beta nyatakan pada sahabat beta2 beri pergi pada Lebai Ngah ini daripada segala perkaranya pun sudah dengan maklum duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia melainkan lebih istimal sahabat beta pula daripada segenap perkaranya ahwal inilah beta nyatakan pada sahabat beta pergi surat dua puluh hari bulan Jamadil Akhir hari Khamis tamat

No comments:

Post a Comment