Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah termasyhur ke mana2
kemudian dari itu barang tahu sahabat beta ahwal adalah beta beroleh khabar arta dalam kapal orang putih yang disamun orang di Salang itu ada konon arta itu dalam perahu Nakhoda Basir ditaruhnya dalam teripang baharu beta beroleh khabar itu maka beta suruh pergi siasat lihat perahu itu pun sudah berlayar kerana tiada lama ia singgah di sini inilah beta suruh anak beta Tengku Awi pergi pada sahabat beta boleh suruh siasat kalau2 sungguh seperti khabar itu orang Kedah nama Mir anak Mata Mata Imam Alang pun ada bersama dalam perahu itu itu pun ditinggalkannya baharu ia turut pergi pula demikianlah ada kelakuannya bermula maka adalah Penggawa berpesan mari temannya menunggu Pulau Sarang Burung disamun Nakhoda Zainal orang menunggu pulau itu pun banyak mati dan luka itu pun pinta sahabat beta pegang boleh periksa beri tentu hukumkan menurut adat ahwal inilah beta nyatakan pergi surat hari Ahad tujuh haribulan Zulkaedah tamat
No comments:
Post a Comment