Wednesday, October 14, 2020

Surat Tengku Raden Muhamad kepada Francis Light (MS 40320/7, f.57) berkaitan penyerahan beras 20 koyan (Khamis, 26 Zulkaedah)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan daripada Tenku Raden Muhamad sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 


ahwal akan beras ini sudah beta serahkan diterima Kapitan Jaga2 dua puluh koyan bawa sampaikan pada sahabat beta maka pinta sahabat beta beri mari Jaga2 dua haluan terima beras itu boleh segera selesai kerana hujan hampir akan datang maka rakyat pun sudah ketika hendak perbuat bendang sudah musim perbuat surat pada hari Khamis enam likur bulan Zulkaedah tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment