Qawluhu al-Haqq
Kasih sayang serta tulus ikhlas hati berkasih2 sihan selama ada lagi bulan dan matahari iaitu daripada adinda Penggawa barang disampaikan Allah kiranya kehadrat kekanda Dato’ Kapitan Laiq yang amat Allah Ta’ala beri dari kemuyaan dan lagi kesukaan dalam dunia ini wa ba’dah
dari itu maka adalah surat Raja Benua Siam pergi ke Legor maka Raja Legor beri mari ke Telibong pada adinda suruh antarkan pada kekanda adinda kata dahulu pada Raja2 itu jika ada timah banyak turun ke Telibong ini maka kapal pun banyak2 mari maka fasal itulah maka turun titah Raja Benua Siam pergi nyatakan pada kekanda kalau2 adinda buat kata2 sahaja jika kiranya selesai pinta hadrat kekanda balas surat Raja Legor itu sebermula maka adalah khabar orang tua adinda itu Pak Su katanya kekanda suruh tetak papan maka tiada khusus ketahuan maka kekanda beri surat mari ditentukan kayunya dan panjangnya dan lebarnya boleh adinda suruh orang tetak tamat sebermula jika boleh kiranya adinda pinta berhutang gelerim mana muat perahu adinda itu kekanda beri mari
No comments:
Post a Comment