Saturday, October 3, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.37) berkaitan kedudukan perahu yang diragui (Khamis, 18 Zulkaedah)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta mari sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana mana kepada pihak bersahabat sangat sempurna sampai ke timur dan barat kedengaran bahana 


kemudian dari itu barang tahu sahabat beta ahwal adalah beta beroleh khabar perahu orang berlayar lalu sebelah laut Pulau Payar lalu ke barat tiga puluh haluan maka pada kira beta jika orang baik hendak berniaga maulah singgah di Pulau Pinang itu atau di Kuala Kedah ini tiada singgah kedua tempat ini orang jahatlah yang demikian itu maka inilah beta nyatakan pada sahabat beta sebaiknya sahabat beta suruh perahu Jaga2 ikut perahu itu beri tentu perbuat surat hari Khamis pada dulapan belas haribulan Zulkaedah tamat al-kalam tamat

No comments:

Post a Comment