Al-Mustahaqqah
Surat kasih sayang dan tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta Raja Muda negeri Perlis datang kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang amat budiman lagi arif bijaksana pada jalan berkasih kasihan dengan segala handai dan taulan sangat mengasihi segala dagang senteri tolong menolong dan lagi amat dermawan pada segala fakir miskin maka perangai yang demikian itu telah tergah masyhurlah wartanya pada segala negeri di atas angin dan baruh angin beroleh nama kepujian dan kebajikan maka yang demikian itu barang ditetapkan Tuhan langit bumi jangan berubah2 selagi ada perkitaran cakerawala iaitu matahari dan bulan
kemudian daripada itu barang tahu kiranya sahabat beta ahwal akan akan surat sahabat beta beri mari serta kapal itu sampailah maka tersebut dalam surat sahabat beta suruh mari cahari beli makanan kerbau lembu ayam itik serta pinta suruh beta tolong beri seorang teman maka beta pun hendak beri teman suruh tolong beli beri segala kehendak seperti tersebut dalam surat sahabat beta itu maka beta minta bertangguh pada kapitan penyuruh sahabat beta itu empat lima hari tiada ia mau dua hari beta suruh nanti tiada kabul penyuruh sahabat beta seketika ia sampai hari itulah dikehendakinya segala perkara itu di dalam Perlis ini tiada siapa2 beli himpun taruh maka sahabat beta pun ketahui jika sahabat beta kehendaki kehadapan lagi minta sahabat beta menyuruhlah mari boleh beta suruh tolong cahari beli beri pergi seperti kehendak sahabat beta mana yang dapatnya di dalam negeri Perlis ini itulah beta nyatakan pergi surat hari Sabtu enam belas hari bulan Ramadhan sanah 1205 tahun Dal Akhir
No comments:
Post a Comment