Alhamdulillah
Mafhum paduka anakanda Raden Muhamad bahawa akan perintah budak Cik Takrif itu sudah diperiksa tuannya sudah mengaku ia berjual budak itu dan berdiri pula beber orang saksi mengetahui budak itu sahaya berlapis2 dijual oleh tuannya
maka pada adat yang diperintah selamanya yang demikian itu tiadalah diterima aduan sahaya itu lagi maka akan ia bertanya adat perintah kita itu paduka anakanda nyatakanlah padanya perintah jual beli ini pertama dikehendaki surat putus jika berhutang dikehendaki surat tapak tangan jika tiada surat itu dikehendaki saksi maka perintah ini sekaliannya lengkap adanya tiadalah boleh dibasalkan lagi inilah paduka ayahanda nyatakan demikianlah paduka anakanda nyatakan pergi diperbuat surat sembilan belas hari bulan Jamadil Akhir tamat
No comments:
Post a Comment