Sunday, October 25, 2020

Surat Tengku Sharif Muhamad kepada Francis Light (MS 40320/7, f.81) berkaitan hutang timah, emas, opiun, kapas dan besi (Ahad, 20 Syaaban)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada beta Tenku Sharif Muhamad sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur ke mana2 


kemudian daripada itu ahwal adalah surat sahabat beta beri mari akan duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia tersebut di dalamnya harga timah duli baginda Yang Maha Mulia lebih seribu rial sahabat beta pegang ambil fasal utang beta pada sahabat beta sefasal pula emas Saudagar Raja tiga ratus dulapan puluh rial lebih itupun dipegang fasal utang beta juga disuruh ambil pada beta rial dua fasal itu maka akan ambilan beta pada sahabat jenisnya opiun dan kapas dan besi dan rincik2 yang lain jadi jumlahnya enam ribu tiga ratus dua puluh dua rial tiga puluh satu duit hingga itulah ambilan beta maka rial ini sudah sahabat beta jadikan wasil sahabat beta pada duli baginda Yang Maha Mulia fasal Pulau Pinang sudahlah selesai sekarang sahabat beta pegang rial yang Dipertuan Yang Maha Mulia dan Saudagar Raja fasal utang beta ingatan beta tiada lain daripada ambilan beta yang tersebut ini pada sahabat beta di dalam itu jika sekiranya ada juga ambilan beta lain daripada yang tersebut ini beta pinta daftarnya boleh jadi ingatan beta serta boleh dibicarakan bayar seperti surat sahabat beta pada duli baginda Yang Maha Mulia itu inilah beta nyatakan pada sahabat beta pergi surat pada hari Ahad dua puluh hari tamat

No comments:

Post a Comment