Thursday, October 22, 2020

Surat Raja Muda Perlis kepada Francis Light (MS 40320/7, f.75) berkaitan pembelian beras dan lembu (Rabu, 30 Zulhijah 1205 / 31 Ogos 1791)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas muafakat yang tiada berputusan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada beta Raja Muda sampai kepada sahabat Gurnador Pulau Pinang yang amat bijaksana lagi budiman pada jalan berkasih kasihan dengan segala handai taulannya maka perangai yang demikian itu barang ditetabkan Tuhan sarwa sekalian alam kiranya supaya masyhur pada segala negeri atas angin dan baruh angin 


kemudian dari itu barang tahu sahabat beta ahwal akan penyuruh sahabat Kapitan Jaga mari pinta beras dan lembu barang yang ada itu maka pada ketika itu segala orang tengah berbendang tiada boleh beras itu hingga boleh lembu dulapan kepala itulah sahabat beta terima ambil dahulu maka ambilan beta sahabat beta nyatakan mari seribu tiga belas rial itu tiada ingat kerana banyak orang yang pergi terima pinta sahabat beta tentukan fasalnya serta nama orang pergi terima itu boleh beta ketahui bicara beri pergi pada sahabat beta pula maka beras itupun dalam beta suruh himpun kemudian diberi pergi pada sahabat beta maka piutang sahabat beta pada Dato’ Paduka Maharaja Adinda dan Cik Lu Ngak itu sudah beta suruh berkira2 beri pada kapitan Jaga2 itu maka hal beras disinin nyatalah pada Kapitan Jaga2 maka itulah dinyatakan surat hari Arba’ tiga puluh bulan Zulhijjah 125 tamat 

No comments:

Post a Comment