Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas berkasih kasihan mahabat yang tiada berkesudahan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada beta datang kepada sahabat beta Gurnador di Pulau Pinang yang arif bijaksana pada pihak mengasihi sahabat handainya masyhur disebut orang
ahwal ada surat sahabat beta beri mari dibawa Kapitan Cina itu sampailah pada beta tersebut di dalamnya khabar benua Siam dilanggar Beram dan Kochin sahabat beta nyatakan mari itu sebaik2 kerajalah boleh beta ketahui jika ada lagi khabar dari sebelah Siam itu boleh sahabat beta nyatakan mari kerana pada sahabat beta itu tiada berhenti kapal Inggeris pergi datang ke Siam maka akan surat sahabat beta beri akan anak beta itu Raden Muhamad fasal budak jenis orang Kemoja itu maka sudah beta beri surat akan panglima2 di dalam Perai cahari hantar mari boleh beta suruh anak beta Raden Muhamad hantar pada sahabat beta di dalam sepuluh lima belas hari ini beta hendak beri pergi anak beta itu sendiri ke Perai dan Kerian boleh dicaharinya beri akan sahabat beta serta menentukan segala perintah dengan sahabat beta inilah beta nyatakan diperbuat surat delapan likur bulan Jamadil Akhir tamat
No comments:
Post a Comment