Friday, October 9, 2020

Surat Tengku Raden Muhamad Pangeran Sharif kepada Francis Light (MS 40320/7, f.47) berkaitan hubungan Inggeris dengan Yang Dipertuan Riau (17 Jamadil Awal)

 Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang daripada Tenku Raden Muhamad Pangeran Sarif Palembang datang kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 


maka adalah beta dengan Cik Kamis dititahkan Yang Dipertuan Besar Riau suruh mari pada sahabat beta bertanya setia Yang Dipertuan Riau dengan orang Inggeris maka sahabat beta beri jawab sekali2 tiada kita ubahkan setia dengan Yang Dipertuan Riau mana yang kurang boleh kita tolong maka sahabat beta beri bicara suruh tunggu di selat segala kapal lalu diambil hasil dua tiga ribu pada sebuah kapal apabila ia tiada mau beri suruh pukul maka seperti kata sahabat beta itu sudah beta suruh Cik Kamis balik maklumkan pada Yang Dipertuan Riau maka inilah dititahkan Yang Dipertuan Riau Cik Qadir bersama2 dengan Ilanun mari bertanya beta jika sungguh seperti kata Cik Kamis itu sahabat beta tiadalah boleh tolong pada kerja Yang Dipertuan Riau itu maka putuslah harap Yang Dipertuan pada sahabat beta jika sahabat beta hendak berpanjang kasih dengan Yang Dipertuan Riau itu maulah sahabat beta fikirkan pada jalan kebajikan tetapkan janjinya dengan Yang Dipertuan di sini dan Yang Dipertuan Riau jika lebih kurang sedikit sebolehnya2 beta bicarakan supaya boleh bersatu antara sahabat beta dengan Yang Dipertuan kedua ini boleh beta apa anak dagang tumpang berniaga dan lagi datang lanun pun bukannya ia hendak buat khianat akan sahabat beta hingga marinya ini munjung titah Yang Dipertuan Riau mari pada beta maka kata lanun itu ia mari inipun menurut jalan yang sahabat beta benarkan maka sampai ia mari pada beta maka sebab pun lambat beta nyatakan pada sahabat beta dari kerana beta ini baharu duduk menjadi hamba pada Yang Dipertuan Kedah dengan beberapa bicara beta maka boleh beta terima Ilanun itu berjumpa sama beta ahwal itulah beta nyatakan perbuat surat pada tujuh belas bulan Jamadil Awal tamat

Bermula akan seperti anak Raja2 perempuan dari Selangor itupun fikir beta baik juga sahabat beta lepas mari mengadap Yang Dipertuan jadi suatu jalan kebajikan juga kepada sahabat beta tamat

No comments:

Post a Comment