Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan daripada beta Sharif Muhamad sampai pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana mana
kemudian daripada itu adalah beta menyuruh Wan Abdul Qadir pergi ke Pulau Pinang tunggu piutang himpun bawa mari dalam pada itu jika ada sukar sakit Wan Abdul Qadir itu pinta dengan penolong sahabat beta dan lagi beta pinta tolong pada sahabat beta tembakau keling baru tiga puluh bahara jika tiada boleh tiga puluh bahara mana yang bolehnya sahabat beta serah beri pada Wan Abdul Qadir ini tentukan harganya hubaya2 beta haraplah beta haraplah akan tolong sahabat beta adanya tamat pergi surat pada tiga likur hari bulan Rabiul Awal hari Isnin jatuh pada bulan orang putih dua puluh dua hari bulan November tam
No comments:
Post a Comment