Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada kesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur ke mana2
kemudian daripada itu ahwal tersebut pada surat sahabat beta rial harga timah beta seribu lebih dipegang ambil fasal ambilan anak beta Raden Muhamad pada saha beta dan kemudian pula sepucuk surat sahabat beta fasal rial Saudagar Raja pada Kapitan Uskut tiga ratus dulapan puluh lebih itu pun sahabat beta pegang ambil di dalam fasal ambilan anak beta itu juga maka beta periksa anak beta itu katanya ambilan pada sahabat beta hingga fasal wasil sahabat beta fasal Pulau Pinang itulah anak beta itu terima enam ribu tiga ratus dua puluh dua rial tiga puluh sembilan duit maka fasal itu sudah ada surat sahabat beta tolak jadikan wasil fasal Pulau Pinang itu maka lain daripada itu kata anak beta itu tiada ambilannya pada sahabat beta maka inilah beta nyatakan jika ada kenyataan daftar ambilan anak beta itu lain daripada fasal hasil Pulau Pinang itu sahabat beta berilah mari kenyataan itu boleh beta terima ambil seperti kehendak sahabat beta itu inilah beta nyatakan pada sahabat beta pergi surat pada hari Isnin selikur haribulan Rejab tamat
No comments:
Post a Comment