Al-Mustahaqq
Surat tulus ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada Penggawa yang daim kaim dalam Pulau Telibong barang disampaikan Tuhan sarwa alam sekalian apalah kiranya kehadapan Dato’ Gurnador dalam bandar Pulau Pinang yang beroleh aman dan keredhaan daripada Tuhan Hannan al-Manan barang dilanjutkan Allah apalah kiranya umur usia zamannya selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan nantiasa gagah dan sayang tiada berkeputusan sampailah gahnya ke mana2 dari atas angin dan ke baruh angin kedengaran bahana
kemudian dari itu ahwal maka adalah teman perhamba lari tiga orang seorang Serani lari dari Awak seorang Cina seorang budak Bato’ bernama Bantil jika ada ia minta Dato’ suruh kepada supaya tangkap akan Serani dan Cina itu jika dia hendak duduk kepada Dato’ pun sudahlah akan budak Bantil dan sampan itu juga perhamba pohonkan sampan itu harta orang dagang ahwal itulah perhamba nyatakan diperbuat surat ini kepada tiga hari bulan Zulkaedah hari Khamis intaha al-kalam tamat sanah 1204 tahun waw
No comments:
Post a Comment