Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta Raden Muhamad sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah termasyhur ke mana2
kemudian dari itu akan surat kertas daripada sahabat beta tiga pucuk itu telah sampailah dengan purnanya maka tersebut sahabat beta pinta beri pergi anak bini Pedir serahkan pada Madar Sab bawa ke Pulau Pinang itu sudah beta maklum ke bawah duli Yang Dipertuan maka titah sudah benarkan kemudian datang segala Dato’2 sembahkan banyak sudah orang kuala itu pergi ke Pulau Pinang tiada pulang mari jadi sunyi sudah kuala itu maka akan sahabat beta pinta tolong lepas beras beri pergi pada Cik Yusuf itu dibenarkan sekoyan maka cik Yusuf tiada mau membeli katanya mahal sangat lagi tiada tempat hendak dibeli akan fasal beras sekarang ini Duli Yang Dipertuan suruh tahan tiada diberi keluar kerana tiada jadi bendang pada tahun ini kalau jadi lapar rakyat isi negeri ini ahwal inilah beta nyatakan pada sahabat beta pergi surat dulapan belas hari bulan Jamadil Akhir tamat
No comments:
Post a Comment