Al-Mustahaqqah
Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada Tenku Raden Muhamad ibn Pangeran Sharif sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang amat bijaksana pada segala pekerjaannya
ahwal adalah surat sahabat beta nyatakan mari seperti surat beta dahulu itu sahabat beta bertangguh nanti balik Komandor hendak tentukan bicara itu pada jalan kebajikan maka Jaga2 pun sudah pulang ke Pulau Pinang maka pada hari Ahad ini berlayar Jaga2 itu mari hampir orang bekerja kota di Kuala Perai itu maka kerja itu tiadalah baik kerana orang Jaga2 itu tiada tahu akan bahasa segala rakyat bekerja itu maka segala rakyat itu tiada tahu bahasa orang Jaga2 akhirnya jadi jadar kerja besar maka sekarang sahabat beta laranglah Jaga2 itu jangan dibenarkan mari hampir kota itu dalam itu jika ada bicara suruhlah sebuah sampan mari berbicara ahwal itulah beta nyatakan tamat
No comments:
Post a Comment