Tuesday, October 20, 2020

Surat Sultan Abdullah Kedah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.72) berkaitan kedatangan tetamu Inggeris dan pembelian opium (Selasa, 21 Muharam)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur perangai yang sempurna 


kemudian dari itu barang tahu sahabat beta ahwal akan Kapitan Saifi Mister Hamilton dan Mister Gadin orang yang memerintah keraja Pebian dan Mister Birin orang saudara negeri Belayit tiga orang dibawa anak beta Raja Raden Muhamad sudah sampailah pada beta maka tatkala beta berjumpa dengan kapitan itu beta bertanya apa ada maksud kapitan katanya tiada apa maksud sahaja mari berjumpa beta berkenal kenalnya beri tulus ikhlas berkasih kasihan maka beta pun sangatlah kesukaan bicara kapitan orang muda tiga orang itu jalan kebajikan adanya boleh beta bertanya khabar segala negeri barang yang sampai mari kepada beta maka opiun itu jika ada mudah mudahan beta pinta sahabat beta ambil taruh akan beta barang lima belas peti boleh pinta dengan harga yang baik kemudian beta suruh pergi terima ambil bawa mari harganya itu dengan penolong sahabat beta pergi surat pada hari Selasa pada selikur haribulan Muharam tamat

No comments:

Post a Comment