Saturday, October 31, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.93) berkaitan lanun dan bekalan senjata dan peluru

 Al-Mustahaqqah 

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang baik budi bahasa kepada pihak bersahabat sentiasa 


kemudian dari itu barang tahu sahabat beta ahwal adalah surat Raja Lela Muda Perai beri kepada beta nyatakan orang lanun itu hendak masuk ke dalam Perai tiada diberinya masuk suruh mari pada beta pinta ubat peluru dan senjata maka sudah beta beri surat kepada Raja Lela Muda itu suruh pergi pinta pada sahabat beta ubat peluru dan senjata barang yang kekurangan disuruh pergi pinta pada sahabat beta tolong menurut janji sahabat beta perintah sebelah laut itu hendak tolong beta ini itulah beta nyatakan pada sahabat beta kerana sudah tulus ikhlas mari dari dahulu sudah jadilah beta harap sangat akan penolong sahabat itu tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment