Tuesday, October 13, 2020

Surat Tengku Raden Muhamad kepada Francis Light (MS 40320/7, f.55) berkaitan perundingan dengan Sultan Kedah (Ahad, 22 Jamadil Akhir 1205 / 27 February 1791)

 Qawluhu al-Haqq

Surat cit daripada Tenku Raden Muhamad kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang 


ahwal maka adalah surat sahabat beta itu mengatakan Komandor lagi pergi ke laut belum pulang maka tiadalah mengapa jikalau Komandor sudah pulang hendaklah sahabat beta balas surat beta itu dengan segeranya boleh beta kira2kan sekuasa2 dicahari kepada jalan kebajikan antara sahabat beta dengan Yang Dipertuan maka boleh beta orang dagang tumpang cahari makan maka janganlah sahabat beta dengar2 pada khabar orang yang haru biru itu di dalam pada itu jika sahabat beta hendak ditipu oleh orang Kedah ini seperti ia menipu betalah kerana beta yang disuruh2 han berbicara kepada jalan yang kebajikan pada sahabat beta2 pun tiadalah boleh jadi kawan orang Kedah ini maka inilah beta nyatakan pada sahabat beta pergi surat ini pada dua likur hari bulan Jamadil Akhir hari Ahad tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment