Al-Mustahaqqah
Surat kasih sayang serta tulus ikhlas daripada beta Raja Muda sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang amat budiman lagi setiawan dan amat bijaksana pada memerintahkan segala pekerjaan dan mengasihi dagang senteri kasihan miskin maka perangai yang demikian itu telah tergahlah masyhur pada segala negeri di atas angin dan baruh angin maka barang ditetapkan Tuhan langit dan bumi jangan berubah2 selagi ada perkitaran cakerawala iaitu matahari dan bulan
kemudian daripada itu maka adalah penyuruh beta kerani Muhamad Mira Lebai tumpang kapal orang singgah di Pulau Pinang maka ada beta suruh ia cahari budak2 Keling bawa mari sepuluh orang maka dibolehnya bawa mari tiga orang maka budak itu digendalakan orang di Pulau Pinang konon itulah serta sampai surat beta ini pinta dengan penolong sahabat beta disuruh ambil budak tiga itu serah beri mari kepada Long dan Ahmad yang membawa surat beta ini akan Muhamad Mira Lebai itupun sahabat beta beri mari bersama kerana banyak lagi fikiran belum selesai lagi hendak disuruh berkira2 itulah beta nyatakan sebermula adalah kiriman daripada beta akan sahabat beta lembu jantan seekor tiada dengan sepertinya tanda ikhlas jua adanya tamat al-kalam
No comments:
Post a Comment