Monday, October 12, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.52) berkaitan penghantaran beras (Isnin, 25 Rejab 1206 / 19 Mac 1792)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador di Pulau Pinang yang akil bijaksana yang telah masyhur sampai ke mana2 


kemudian dari itu barang tahu sahabat beta maka akan surat kertas daripada sahabat beta beri mari pada beta dan pada anak beta Raden Muhamad telah sampailah pada beta kedua pucuk surat itu maka tersebut di dalamnya sahabat beta pinta tolong beras barang sepuluh koyan maka akan beras duduk sehari2 ini sangatlah kesakitan tiada banyak orang berjual kerana padi pada tahun ini kena kemarau banyak tiada boleh diambil buahnya maka harab sahabat beta itu maka beta suruh kutib beli beras ditaruh orang lama2 diserahkan pada Abdullah bawa pergi bersama2 anak beta itu Raden Muhamad sampaikan pada sahabat beta adalah tiga belas koyan lebih kurang sedikit maka akan anak beta itu Raden Muhamad beta beri pergi jadi wakil beta pada pihak kerja kebajikan kepada sahabat beta yang sudah tulus ikhlas putih hati mari kepada beta ini nyatalah pada anak beta itu sampaikan pada sahabat beta diperbuat surat lima likur bulan Rejab hari Isnin 1206 tamat

No comments:

Post a Comment