Monday, October 26, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.84) berkaitan kekurangan perdagangan di Kedah dan perniagaan di Kuala Perai (7 Zulkaedah)

 Al-Mustahaqqah 

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur ke mana2 


kemudian dari itu barang tahu sahabat beta ahwal perintah Kuala Kedah selama empat lima tahun ini perahu dagang pun tiada berapa masuk berniaga maka segala perniagaan pun banyak sudah kurang daripada dahulu maka perolehan beta pun sudah tiada di dalam perniagaan itu maka kira pada fikir hati beta jika beta jawab suruh teman2 pergi buat suatu bangsal di Kuala Perai berniaga rotan kayu kalau dikurnia Tuhan sarwa alam laba sedikit banyak demikianlah terlintas di hati beta2 nyatakan pada sahabat beta dengan putih hati daripada akhirnya beta harapkan sahabat betalah menolongi hal sakit sukar teman beta yang pergi duduk pada tempat itu daripada segenap perkaranya perbuat surat tujuh haribulan Zulkaedah tamat


No comments:

Post a Comment