Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada Tenku Raden Muhamad sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur adanya sampai ke mana mana dari atas angin dan ke bawah angin kedengaran bahana
kemudian dari itu barang tahu sahabat beta ahwal itulah daftar utang Nakhoda Raja dan Nakhoda Hasan beta suruh salin diberi pergi kepada sahabat beta dibawa Hasan ini jikalau ada tulus ikhlas sahabat beta akan beta ini selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan berkekalan adanya pinta sahabat beta berilah mana ada artanya Nakhoda Raja dan Nakhoda Hasan kedua itu sahabat beta serahkan beri mari pada Hasan karena orang tuhanya sudah datang dari kubu sekarang sudah ada pada beta di Kedah ini boleh beta berkira2 dengan orang tuhanya Nakhoda Raja ini telah haraplah beta akan sahabat beta akan beta sudah putih hati mari pada beta jalan kebajikan adanya perbuat surat hari Isnin bulan Rabiul Awal tamat
No comments:
Post a Comment