Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta mari sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana pada perintah bersahabat telah masyhur sampai ke mana mana
kemudian dari itu ahwal akan surat sahabat beta beri mari perkataan rial beta pada Syeikh Mia empat ribu sudah sahabat beta tolong keluarkan beri diterima Setia Raja itu pun besar penolong sahabat beta pada ketika ini boleh buat belanja segala kehendak Raja Siam ini maka akan baki lagi itu kata sahabat beta di dalam ia hendak berlayar ini sahabat beta hendak tolong bicarakan pada wakil Syeikh Mia kerana sulab Syeikh Mia dari Keling belum sampai lagi sebuah maka ini khabarnya sulab Syeikh Mia itu sudah sampai ke Pulau Pinang inilah beta pinta dengan penolong sahabat beta dikeluarkan rial beta baki lagi itu beri selesai diserahkan pada Setia Raja suruh ia balik mari segera harab beta akan penolong sahabat beta jugalah pada kerja itu maka balas surat sahabat beta akan Raja Siam itu kata kekurangan beras lapar pada segala negeri itu sudah nyatalah khabar itu pada beta ahwal itulah beta nyatakan pada sahabat beta pergi surat pada hari Khamis sembilan haribulan Rabiul Awal tamat
No comments:
Post a Comment