Saturday, October 24, 2020

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/7, f.79) berkaitan pembelian lembu (17 Syawal)

 Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada perhamba Syaudagar Raja sampai kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang bijaksana lagi arif telah masyhur ke mana2 


kemudian daripada itu ahwal akan surat tuan beri mari itu telah sampailah pada perhamba maka lembu yang sudah hadir pada perhamba enam belas ekor sudah diterima Kapitan Jaga2 lagi ada di kuala sepuluh dua belas ekor itupun sudah perhamba suruh orang ambil lembu itu serah beri pada Kapitan Jaga2 jika berdan boleh diterima kapitan itu bawa pergi dahulu kerana belum terhimpun lagi dibelakang ini boleh perhamba himpun taruh ahwal itulah perhamba maklumkan perbuat surat tujuh belas hari bulan Syawal tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment