Al-Musqat
Surat tulus serta ikhlas yang tiada berkesudahan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan ini daripada beta Raja Muda sampai kepada sahabat beta Gunador Pulau Pinang yang teramat arif lagi bijak laksana pada pihak berkasih kasihan dengan segala handai taulannya maka telah termasyhurlah perintah yang demikian pada segala negeri atas angin dan ke bawah angin
maka barang ketahui kiranya sahabat beta maka adalah beta sangat berkehendak akan subang penghelik permata intan yang baik2 perbuatannya itu barang dua peranggu akan permatanya itu yang lima atau tujuh dan peti buatan belanding elok2 lagi baik perbuatannya serta dengan gagahnya itu barang satu karena beta hendak pakai sendiri akan besarnya peti itu lebarnya sepetangkap panjangnya tengah dua sahat maka beta suruh cahari dalam Kayang dan Kedah ini tiada diperoleh maka inilah beta pinta tolong pada sahabat beta cahari beri subang dan peti itu beri mari pada Pak Ngah itu serta tentu akan harganya mari boleh beta bicarakan beri pergi harganya itu maka sangatlah harab hati beta akan penolong sahabat beta beri boleh seperti maksud beta ini maka hendak pun beta beri pergi sudah2 harganya itu kerana tiada tentu lagi maka itulah beta nyatakan perbuat surat pada lima hari timbul bulan Sawal hari Arba’ tamat 125 tahun
No comments:
Post a Comment