Thursday, October 22, 2020

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/7, f.76) berkaitan peperangan Legor, Patani, Cenak dan Senggora (Rabu, 6 Zulhijah 1206/ 26 Julai 1792)

 Al-Mustahaqqah 

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana lagi arif telah masyhur ke mana2 


kemudian daripada itu ahwal maka adalah orang Patani muafakat langgar binasakan jajahan benua Siam iaitu negeri Cenak dan Senggora maka sekarang ini mari Raja Legor bawa angkatan pukul segala Patani itu sudah pecah lari sekarang ini Raja Legor ada duduk di dalam Senggora maka keadaan beta ini masyhur tangluk ke benua Siam maka tatkala dilanggar Patani jajahannya beta sudah nyatakan surat pergi pada Raja Legor maka di dalam beta bersiap sebab kekurangan senjata tiada sempat pergi bantu Raja Senggora itu tambahan makanan pun pada tahun ini tiada jadi maka inilah beta menyuruh Setia Raja pergi pada sahabat beta pinta tolong senapang barang lima ratus serta dengan ubat pelurunya kerana pesanan Jenderal Benggala pada sahabat beta barang yang kekurangan suruh beta pinta tolong pada sahabat beta kerana sahabat beta pun sama keadaan suatu tempat sahaja bertolong2 daripada hayat Paduka Marhum lagi dan beta dengan sahabat beta tiada ghalat di hati barang yang kurang beta pinta tolong itulah beta nyatakan pergi surat pada enam haribulan Zulhijah hari Arba’ tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment