al-Mustahaqq
Surat tulus ikhlas serta kasih sayang iaitu daripada adinda Penggawa Pulau Telibong barang disampaikan kiranya kepada kekanda Gurnador Pulau Pinang yang amat pandai pada memerintahkan dengan segala sahabat handainya selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan nantiasa kasih sayang taida berkeputusan sampailah gahnya ke mana2 dari atas angin dan ke baruh angin gah kedengaran bahana
kemudian dari itu ahwal maka adalah adinda ini baharu sampai dari benua Siam kepada sehari bulan Jamadil Awal ini sampai ke Telibong ini maka adinda dengar musuh orang lanun banyak di laut maka itulah adinda duduk sini di Telibong ini buat kubu dan sampan budak2 maka itulah halnya adinda tiada boleh hendak pergi pada kekanda sebermula dalam benua Siam dua buah kapal satu tiang tiga satu tiang dua maka dia beri surat minta sampaikan pada kekanda maka tiada boleh adinda pergi kerana musuh ini maka itulah surat kapitan itu adinda beri kepada Mazim itu sampaikan kepada kekanda dan kapitan Uskut sebermula adalah kehendak Raja benua Siam pada adinda minta bicara beli meriam panjang enam hasta dan lima hasta barang dua puluh pucuk jika ada mudah2 han jika Mazim itu mari boleh muat bawa mari serta tentukan harganya jika sudah berbetulan boleh diambil timah raja Benua Siam pada Raja Legor sebermula jika Mazim itu mari minta kekanda tolong opiun barang sepeti dan besi barang tiga bahara dan paku panjang sejengkal lebih kurang barang tiga empat pikul dan kain layar tali temberang minta kekanda tolong mana banyaknya Mazim itulah tahu kerana dia lihat ahwal itulah adinda nyatakan sebermula akan harganya daripada timah dan dagangan adinda serahkan kepada Mazim itu tamat sebermula segala khabar daripada adinda nyatalah kepada Mazim itu tamat al-kalam
No comments:
Post a Comment