Surat cit daripada perhamba Seri Maharaja Dewa sampai pada Tuan Gunador Pulau Pinang yang mulia lagi bijaksana
ahwal Tuan Gunador beri mari opiun lima peti maka opiun di sini sudah murah jadi la perhamba tiada ambil diberi balik pergi opiun itu maka ada kapur lagi dibeli taruh dahulu dan lembu dua tiga puluh duduk dipelihara taruh lembu itu jadi susah maka itulah pinta Tuan Gunador beri mari orang terima ambil kapur dan lembu itulah perhamba nyatakan pada Tuan Gurnador diperbuat surat ini pada enam belas haribulan Saaban pada hari Khamis tamat
No comments:
Post a Comment