Kirim tabik banyak2 serta tulus ikhlas putih hati daripada Cina Timat di dalam negeri Selangor datang kepada sahabat sahaya Tuan Kapitan Skot yang ada duduk di Pulau Pinang serta mengasihi segala dagang senteri yang pergi datang ke Pulau Pinang
adapun kemudian daripada itu barang tahu kiranya tuan Kapitan Skot akan hal negeri Riau itu telah sudahlah dapat kepada tangan Yang Dipertuan Besar dengan orang lanun orang tidung akhlul itulah sahaya nyatakan kepada Tuan Gurnador dan lagi tatkala orang lanun mengambil Riau itu kepada bulan tiga dua puluh enam hari bulan kepada malam hari pukul dua belas diamuknya orang pun banyak mati yang ada hidup Peter seorang ora putih empat orang itupun lari ke selub diikut oleh lanun lari pula Peter bersampan pulang ke Melaka selub pun dapat oleh lanun ke kemud lagi serdadu pula lari pulang ke Melaka dua puluh empat orang itulah yang ada sampai ke Melaka maka sekarang ini adalah lanun itu berkirim surat ke Melaka mengatakan siaplah2 negeri Melaka jika tiada ubat tembak jika tiada peluru tong mana kota yang tiada baik baiki maka sekarang ini pedapat sahaya Melaka dengan lanun itu hampirlah berkerja besar akhwal itulah sahaya nyatakan kepada sahabat sahaya Tuan Kapitan Skot kemudian lagi ada khabar mengatakan Yang Dipertuan Besar dengan raja lanun sudah keluar dari dalam Riau entah ke mana perginya tiada lagi berketahuan khabarnya kemudian ada sahaya menyuruh Encik Keling dengan anak sahaya Si Cu kepada sahabat sahaya membawakan timah ada lima bahara akan kapitan kerana itulah yang ada dapat oleh sahaya kerana sahaya sangatlah miskin sudah kemudian lagi kita bersahabat sudah tiga belas tahun sudah lamanya jika ada belas kasihan sahabat kita akan kita hendaklah minta tolong barang apa ada dagangan yang patut seperti opiun barang sepeti kain gajah barang dua tiga kodi kain celupan barang tiga kodi sapu tangan bakok barang dua kodi barang berapa harganya beritahulah kepada Encik Keling kemudian jika ada sahaya dapat timah sahaya kirimkan pula kepada Tuan Kapitan Skot dan lagi sahaya minta tolong carikan kalamkari yang halus tanah putih barang dua kayu hendak dipakai sahaja kemudian dari itu suatu pun tiada tanda hidup ialah doa pada siang dan malam pagi dan petang tamat
No comments:
Post a Comment