Friday, June 19, 2020

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.55) berkaitan penahanan Penggawa Muda di Pulau Pinang (Isnin, 1 Rabiul Akhir 1203 / 29 Disember 1788)

Al-Shams wa al-qamar

Bahawa inilah surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada hadrat Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia semayam di atas tahta  kerajaan di dalam negeri Selangor Darul Khusus barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya datang kepada sahabat kita Gobernor yang memerintahkan di dalam negeri kota Pulau Pinang ialah yang amat arif bijaksana daripada melakukan kasih berkasihan sahabat bersahabat dengan segala kekasihnya qarib wa al-ba’id makin lama malin  terlebih mahabatnya kepada sekalian orang telah masyhurlah sudah nama yang kebajikan itu kepada tiap2 negeri yang lain wa ba’dah 

kemudian daripada itu akan hal seperti surat sahabat kita yang dibawa oleh Haji Mahmud itu maka adalah tersebut di dalamnya sahabat kita hendak menahan Penggawa Muda itu adapun penggawa itu sekali2 tiada boleh sahabat kita tahan dianya itu sebab penggawa itu orang besar kita lagi seperti bapa kepada kita lagi segan kita kepada kompeni di Melaka kemudiannya menjadi dapat fitnah atas kita apabila tiada penggawa itu kembali ke Selangor kesakitanlah oleh kita segala anak cucunya dan apabila tertahan juga penggawa itu oleh sahabat kita atau dengan kehendak penggawanya sendiri hendak tinggal juga di dalam Pulau Pinang atau tiadakah penggawa itu mau kembali bersama2 dengan Si Amat itu melainkan tertentulah kita sakiti segala anak cucunya adapun kepada hemat kita jikalau ada yang kesalahan kita kepada kompeni di Melaka sepatutnya2 sahabat kita tunjukkan jalan yang kebajikan kepada kita sekarang sahabat kita pulak menunjukkan kesalahan kita kepada kompeni syahadan itulah sahabat kita menyuruhkan saudara kita Raja Muda dahulu pergi ke Pulau Pinang itupun sudah berapa2 dapat fitnah kepada kompeni di Melaka adapun kompeni Wilanda itu orang keras kita orang tiada berpenguasaan sahabat kita pun takkan ada boleh menolong kita tersurat kepada sehari bulan Rabiul Akhir hari Isnin intaha al-kalam tarikh sanah 1203  H sebagai lagi adapun kita ini sudah bersetia muafakat sama kompeni di Melaka sudah tertentu tiada boleh berniaga sama bangsa orang Putih yang lain lain daripada bangsa Wilanda sebab kasih kita kepada sahabat kita maka kita lalui sedikit banyak

No comments:

Post a Comment