Sunday, June 14, 2020

Surat Raja Muda Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.46) berkaitan hutang (Ahad, 2 Syaaban 1203 / 26 April 1789)

Al-Shams wa al-qamar

Bahawa ini warkat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada hati yang suci lagi jernih iaitu daripada sahabat kita Raja Muda negeri Selangor Darul Khusus barang disampaikan Tuhan kita Tuhan sarwa alam sekalian kepada hadapan sahabat kita Gurnador yang ada istirahat memerintah di dalam daerah bandar negeri Pulau Pinang Darul Salam ialah yang telah masyhur mengasihani segala anak dagang yang keluar masuk di dalam bandar itu amma ba’du 

maka ada pun kemudian daripada itu barang maklum kiranya sahabat kita akan ahwal adalah kita minta tolong kepada sahabat kita ada orang Bugis duduk di Kasu  bernama Nakhoda Luwakang  ada utang di kepada orang tua kita yang sudah mati Raja Samad dia mengambil opiun  dua peti harganya empat ratus sepeti jadi dulapan ratus itulah kita minta tolong boleh2 kepada sahabat telah haraplah kita akan diterima jua oleh sahabat kita kerana wakil mutlak kita akan sahabat jua menerima rial yang dupan  ratus itu kepada nakhoda itu suatu pun tiada alamat al-hayat doa jua kepada siang dan malam tersurat kepada hari Ahad dua hari bulan Syaaban pukul empat jam kompeni intaha al-kalam tarikh sanah 123 alif lam mim ra wau fa alif lam kaf ra kho ya

No comments:

Post a Comment