Saturday, June 6, 2020

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/11, f.12) berkaitan pembayaran beras (Khamis, 30 Muharam 1206, tahun2 alif / 29 September 1791)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada perhamba Syaudagar Raja sampai kepada qadam Tuan Gurnador Pulau Pinang yang bijaksana lagi arif telah masyhur ke mana2 

kemudian daripada itu ahwal surat qadam tuan beri mari suruh perhamba bayar harga beras pada ke bawah Duli Tunku Raden Muhamad Yang Maha Mulia maka sudah perhamba kira2 daftar ambilan bayaran perhamba pada qadam tuan dan Kapitan Uskut  sekalian fasal seperti daftar perhamba maka tinggal baki lagi pada perhamba tujuh ribu tiga ratus enam puluh dulapan rial tengah enam kupang di dalam ini sudah perhamba bayar diterima Kapitan Bisin  dengan suruh Kapitan Uskut  tiga ribu lima ratus enam puluh tengah tiga rial dan hutang Hasan Kandu yang qadam tuan aku seribu dulapan puluh dulapan rial dua kupang tiga kenderi dan perhamba bayar beras pada Tunku Raden Muhamad Yang Maha Mulia tiga puluh tiga koyan jumlah harganya seribu enam ratus lima puluh rial jumlah ketika fasal ini enam ribu tiga ratus rial enam kupang tiga kenderi maka ditolak wasil yang tersebut ini tinggal baki lagi pada perhamba seribu enam puluh tujuh rial enam kupang tiga kenderi maka ada perhamba beri dagangan pada Syeikh Madar  dan Merikan Besar suruh bawa ke Pulau Pinang jual dalam rial itu pinta qadam tuan terima ambil seribu enam puluh tujuh rial enam kupang tiga kenderi pada Syeikh Madar dan Merikan Besar dengan serupa sedikit pada ia pun perhamba beri pergi surat suruh bayar pada qadam tuan maka ada Kapitan Uskut  nyatakan pada perhamba katanya ambilan Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia sedikit itu tiada perhamba masukkan dalam ambilan perhamba ini jika Kapitan Uskut  beri mari surat sembah maklumkan pada ke bawah Duli Yang Maha Mulia jika titah suruh bayar boleh perhamba bayar selesaikan maka qadam tuan pinta tapak tangan Hasan Kandu tiga pucuk itu maka inilah salinan tapak tangan serta dengan titah meteri Yang Maha Mulia perhamba hantar pergi boleh jadi ganti tapak tangannya kerana tapak tangan Hasan Kandu itu tersurat di dalam daftar besar di belakang kertas itu pun ada tersurat tapak tangan orang lain tiada boleh koyak ambil dengan sebab itulah sudah diparang tiadalah terpakai tapak tangan itu lagi maka ada ambilan bayaran Kapitan Punci  fasal lembu2 baharu ini tiada perhamba kira kerana ambilan qadam tuan kah atau ambilan Kapitan Punci kah tiada perhamba ketahui jika ambilan Kapitan Punci pinta qadam tuan suruh ia berkira2 beri mari surat atau ambilan qadam tuan kemudian boleh berkira2 maka sekarang sudah ada hadir lembu dua tiga puluh ekor pinta qadam tuan suruh orang mari terima ambil maka akan surat qadam tuan beri mari pada ke bawah Duli Tokku Raja Cenak Yang Maha Mulia itu perhamba lihat tersebut dalamnya mengatakan perhamba sakiti akan Lebai Abdul Latif dengan aduan Haji Ali tiada pernah Haji Ali mengadu pada perhamba dan perhamba pun tiada pernah sakiti akan Lebai Abdul Latif sahaja orang buat fitnah di atas perhamba beri qadam tuan kecil hati pada perhamba ahwal inilah perhamba maklumkan perbuat surat hari Khamis tiga puluh hari bulan Muharam pada sanah 1206 tahun2 alif tamat al-kalam tamat 

No comments:

Post a Comment