Thursday, June 11, 2020

Surat ikrar Hasan Mir Lebai (MS 40320/11, f.26) berkaitan ambilan dan hutang

Inilah ikrar senda Hasan Mir Lebai di Perais  oleh Dato’ Hakim Banadar  berhadabpan dengan Tukudur  Hasan Sab dan Saudagar Merikan Kandu dan Nakhoda Syeikh Mahyudin dan Nakhoda Batat  Sab dan Tuha Muda di dalam pekan 

inilah ikrar senda Hasan Mir Lebai tapak tangan dibawa oleh Syeikh Ismail itu tiada senda ambil sesuatu2 benda  kepada Syeikh Ismail Lebai itu hingga diperbuat surat perjanjian beri kepada Syeikh Ismail itu yang senda apa mengambil hutang kepada Saudagar Syeikh Sab didagangan bawa ke Siak jual mana dagangan yang lakunya itu senda beri pergi harganya itu ke Melaka jadi wasil kepada Saudagar Syeikh Sab itu mana didagangan yang belum laku itu diberi rakan senda Hasan bia  pehutang kepada Tambi Putih dengan pandai sendirinya dibeli Tambi Putih didagangan itu ditaruhnya di rumah ada selang dua bulan datang suatu kesalahan dirinya dia dan dioleh Raja Siak sekati mas  di atas Tambi Putih itu habislah dibayar oleh Tambi Putih harta senda itu kepada Raja Siak dengan hal itulah gendala tiada boleh berlayar musin  itu pergi ke Melaka hendak selesaikan hutang Saudagar Syeikh Sab itu sampai musin  kapal hendak berla  Saudagar Syeikh Sab pun gundah sangat2 kerana senda apa tiada sampai ke Melaka tatkala itulah surat tapak tangan senda apa itu dikerasi oleh Syeikh Sab kepada Syeikh Ismail Lebai di Melaka ianya pun belayar ke negeri Keling tahun datangnya itu datang adik Syeikh Sab nama Hakim Bawa dan iparnya bernama Hasan Sab keduanya itu sampai ke Melaka dia dakwa oleh Syeikh Ismail orang dua itu suruh pangka  senda apa kedua oleh Hakim Bawa dan Hasan Sab beri pergi Muhamad Sultan serta panggil senda apa kedua serta sampai surat itu ke Siak senda apa pinta rial pada Tambi Putih tiada boleh senda apa bawa bersama2 dengan orang bawa surat itu sampai ke Melaka senda apa dibawa oleh Hakim Bawa dan Hasan pergi serah beri kepada Syeikh Ismail Lebai senda apa oleh Syeikh Ismail Lebai ditunggunya  hutang senda apa kepada Syeikh Sab itu seperti tersebut di dalam surat tapak tangan senda apa itu kata senda Hasan Bia buat pianta  didagangan yang tia  laku itu diberi pehutang kepada Tambi Putih habis dibayarnya ke Raja Siak tiada apa kepada Tambi Putih itu yang hendak ambil kepada senda apa pun sekarang ini serial pun tiada di dalam tangan hendak bayar inilah senda apa bawa Tambi Putih ini bersama2 hendak serah kepada Syeikh Ismail Lebai pinta tolong keras  keluarkan rial ini kepada Tambi Putih oleh Syeikh Ismail Lebai dikerasnya di atas Tambi Putih maka teriak Tambi Putih adukan hal ahwal dirinya kepada Sheikh Ismail Lebai pinta bertangguh tiga bulan sementara pergi ke Siak hendak jual harta bendanya bawa selesaikan hutangnya oleh Syeikh Ismail Lebai panggilnya senda apa dikatanya pergilah salah sorang bersama2 dengan Tambi Putih dikata hendak bayar sampai ke Siak kata Hasan Bia pergilah Hasan Mir Lebai bersama2 dengan Tambi Putih ke Siak hamba ini tiada boleh pergi kerana duduk makan maka sendalah hendak pergi ke Siak maka senda sahabat didagangan kepada Cina Tambi dan Khoja Muhamad bawa ke perahu tengah hendak berlayar tatkala itulah dibawa Syeikh Ismai  Lebai tapak tangan ini dipintanya khat pada senda kata senda apa buat pinta akan senda ini tengah hendak berlayar maka dikata Syeikh Semail Lebai tiada ku buat kiatan  serta disebut nama Allah jadi percayalah senda2 pun buat khat beri di dalam surat tapak tangan ini senda pinta surat tapak tangan Syeikh Sab itu dikata Syeikh Ismail Lebai mana boleh beri surat itu kira belum lagi terbayar balik dari Siak ini ambillah kedua pada caca  itu maka senda pun harab  kepada Allah senda balik  lah

1 comment:

  1. assalamualaikum tuan, boleh minta copi naskah arab jawinya?

    ReplyDelete