Friday, June 12, 2020

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.37) berkaitan bantuan menumpangkan bakal haji naik kapal (Jumaat, 8 Safar 1203 / 7 November 1788)

Al-Shams wa al-Qamar

Inilah surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada khadrat  duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia semayam di atas Bukit Selangor barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya kepada sahabat kita Gobernor yang memerintahkan negeri kota Pulau Pinang yang amat bijaksana daripada kasih berkasihan dengan segala mahabatnya serta dengan mengasihi segala fakir miskin dengan segala dagang yang pergi datang maka masyhurlah warta ihsannya kepada tiap2 negeri yang lain wa ba’dah 

kemudian daripada itu maka adalah kita menyuruhkan guru Khatib namanya bertiga orang mendapatkan sahabat kita dan jikalau ada mudahan2 boleh sahabat kita tolong bicarakan tumpangan kepada kapal kerana dianya orang hendak pergi naik haji sebolehnya2 sahabat kita tolongkan kepada lebai yang bertiga itu supaya boleh segera ia dapat tumpangan kepada musim ini juga setelah haraplah kita akan tolong sahabat kita tersurat kepada delapan hari bulan Safar hari Jumaat waktu jam pukul delapan siang hari tamat al-kalam bi al-khair wa al-salam tarikh sanah 1203

No comments:

Post a Comment