Qawluhu al-Haqq wa Kalamuhu al-Siddiq
Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta suci hati yang hening jernih iaitu daripada Paduka Seri Sultan Mahmud Riayat Syah mempunyai tahta kerajaan negeri Johor dan Pahang dengan segala daerah takluknya barang diwasilkan Tuhan Hannan al-Mannan apalah kiranya kepada pihak sahabat kita iaitu Senyur Gurnador yang memerintahkan di dalam Pulau Pinang yang masyhur kekayaannya dan kebesarannya bertambah pula dengan baik budi pekerti lagi setiawan atas melakukan berkasih kasihan dengan segala handai taulannya lagi teguh setianya muafakat yang tiada berubah2 selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan perkisaran malam dan siang maka kita pohonkan kepada Tuhan segala alam atasnya sihat dan afiat serta lanjut usia umur zamannya dengan beberapa izzat daulat sa’adat daripada segala jenis kebajikan dan tadbir perintah yang selamat al-mubarak jua adanya wa ba’dahu
daripada itu Paduka Seri Sultan memberi istifham kepada pihak sahabat kita Senyur Gurnador bahawa adalah kita berkirim warkat al-ikhlas tulisan kepada kapitan berserta kita minta sampaikan kepada pihak sahabat kita Senyur Gurnador pada hal kita menyatakan pekerjaan kita kepada pihak sahabat kita dan jikalau menjadi patut kepada sahabat kita serta putih hati akan kita melainkan kita minta kepada pihak sahabat kita sampaikan kepada Tuan Jenderal yang di Benggala surat kita ini kerana adalah asal kita dengan kompeni Wilanda itu maka adalah kompeni Wilanda melanggar Riau hendak mengalahkan orang Bugis dan hendak mengangkat Raja Melayu maka dengan takdir Allah Taala di atas hambanya maka orang Bugis pun alah dilanggar oleh Jakup Peter Pan Beram Komandan maka orang Bugis pun habis lari undur dari dalam Riau itu maka tinggallah kita segala orang Melayu di dalam Riau maka diperbuatlah perjanjian oleh Jakup Piter Pan Bram Komandan dengan kita dan segala Raja2 yang di dalam Riau bersurat suratan antara keduanya Jakup Piter Komandan Pan Bram dengan kita setelah sudah putus wa’ad perjanjian kita dengan Jakup Piter Pan Bram Komandan maka ia pun pulang ke Betawi serta dibawanya surat perjanjian kita itu kemudian daripada itu maka datanglah Peter Rodi Dwaider Sedenti dari Betawi duduk di dalam Riau maka segala perjanjian kita dengan Jakup Piter Komandan Pan Bram dengan segala Raja2 yang di dalam Riau itupun diubahnya oleh Peter dan Peterlah yang memegang perintah kompeni di dalam Riau itu maka di dalam antara itu orang Ilanun pun datang ke Riau dengan perintah Tuhan Azza Wa Jalla negeri Riau pun habislah rosak dan Peter pun lari pulang ke Melaka maka itulah kita menyatakan kepada sahabat kita permintaan kita kepada sahabat kita boleh menyampaikan kepada kepada tuan Jenderal yang di Benggala jikalau boleh tuan Jenderal bicarakan kita pada jalan yang betul jikalau ada kita punya salah kepada kompeni Wilanda melainkan tuan Jenderal salahkan kita dan jikalau ada kebenaran kita dengan kompeni Wilanda melainkan kita minta tolong kepada tuan Jenderal benarkan serta tuan Jenderal dirikan kita atas jalan yang benar kerana tiadalah tempat pengarapan kita lagi melainkan kepada kompeni Inggerislah menolongi kita kerana kepada zaman ini kompeni Inggerislah yang masyhur dari negeri atas angin sampai ke negeri bawah angin ini kompeni Inggerislah yang ada kasihan boleh menolongi segala orang yang kesakitan dan teraniaya dan membuat kebajikan dan sebagai lagi seperti kita pun telah sampailah kepada Dato’ kita Sultan Terengganu serta kita pun menyatakan segala pekerjaan dan penceraian kita dengan kompeni Wilanda maka kita pun serahkan bicara diri kita itu kepada Dato’ kita Sultan Terengganu baik kepada kompeni Inggeris baik kepada kompeni Wilanda mahu kepada baiknya dan mahu kepada jahatnya syahadan daripada itu kita minta tolong kepada sahabat kita utangi meriam yang besar dua pasang yang panjang sepuluh hasta serta dengan ubat pelurunya dahulu Allah ba’da RasulNya telah harablah kita akan sahabat kita Senyur Gurnador menolongi kita daripada barang yang kekurangan atas kita kemudian daripada itu suatu pun tiada alamat al-ikhlas daripada kita akan sahabat kita hanyalah doa daripada tiap2 hari malam dan siang tamat al-kalam tersurat warkat ini kepada dua puluh sembilan hari bulan al-Muharam sanat 1202
No comments:
Post a Comment