Al-Shams wa al-Qamar
Warkat al-ikhlas serta suci putih hati yang jernih iaitu daripada Kapitan Cina Encik Tim di Selangor yang amat hina lagi miskin serta dengan tiada menaruh daya upaya barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya kepada Tuan Kapitan Uskut yang memegang perintah di dalam negeri kota Pulau Pinang yang beroleh pangkat yang kebesaran dan kekayaan serta dengan arif bijaksana daripada melakukan kasih berkasihan dengan segala sahabatnya serta mengasihani segala dagang senteri yang pergi datang maka masyhurlah warta ihsannya kepada tiap2 negeri yang lain wa ba’dahu
kemudian daripada itu maka adalah kita melayangkan sekeping surat tiadalah dengan sepertinya kepada Tuan Kapitan adapun kepada tahun yang sudah lalu dahulu tatkala tuan kapitan hendak pergi ke Melaka tuan kapitan singgah di Kuala Selangor di dalam antara itu Duli Yang Dipertuan pun menyuruh kita turun di kapal tuan kapitan serta memanggil tuan kapitan naik ke darat di dalam pada itu jawab tuan kapitan kepada kita melainkan balik dari Melaka kita singgah di Selangor di dalam antara itu lalu sahaja tuan kapitan ke Pulau Pinang serta sampai tuan ke Pulau Pinang tuan pun memberi surat menyuruhkan kita pergi ke Pulau Pinang hendak pun kita pergi ke Pulau Pinang tiadalah dilepaskan oleh Duli Yang Dipertuan Selangor adapun titah tuan Raja kepada kita janganlah pergi ke Pulau Pinang duduklah di Selangor dahulu supaya boleh kumpulkan timah berikan kepada Tuan Gobernor dengan Kapitan Uskut apalah feadahnya duduk di tempat orang itulah titah kepada kita melainkan kita kirim tabik sahajalah banyak kepada tuan kapitan sekarang kita ada susah sedikit kita punya anak mati jikalau ada kasih tuan kapitan melainkan kita pinta tolonglah belanja sedikit kepada tuan kerana tuan pun tahulah kesakitan di dalam Selangor ada menaruh wang sedikit2 pun sudahlah habis sebab itulah maka kita pintak tolong kepada tuan kapitan belanja sedikit kemudian boleh kita bicarakan melainkan jikalau ada tuan kapitan hendakkan timah atau yang lainnya menyuruhlah tuan kapitan ke Selangor serta dengan surat tuan kapitan sebolehnya2 kita bicarakan entah kita menyuruh ke Rembau dan Lukut dan Kelang mana jajahan Selangor kita bicarakan kepada tuan kapitan sebolehnya tersurat kepada tiga puluh hari bulan Safar sanat 1203 tahun Nasrani 1788
No comments:
Post a Comment