Al-Shams wa al-qamar
Bahawa inilah surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada khadrat duli Yang Dipertuan Yang Dipertuan yang semayam di atas Bukit Selangor barang disampaikan Tuhan sarwa alam kepada sahabat kita Gobernor yang memerintahkan di dalam negeri kota Pulau Pinang yang amat setiawan daripada kasih berkasihan sahabat bersahabat supaya kekal selama lamanya antara Selangor dengan Pulau Pinang wa ba’dah
kemudian daripada itu akan hal seperti warkah al-ikhlas daripada sahabat kita yang dibawa oleh Kapitan Wilsin itu telah sampailah kepada kita akan hal seperti timah sekarang ini tiadalah lagi kepada kita mana yang ada sedikit2 kepada kita sudahlah kita jual kepada kapal datang dari China namanya Kapitan Bun melainkan kemudianlah kita bicarakan timah kepada sahabat sebagai lagi ada kita sudah dapat khabar serta orang yang kepercayaan kita datang dari Melaka mengatakan ada Raja Kedah menyuruh dengan sebuah sulab pergi di Melaka meminta bantu ia mau pukul Pulau Pinang orang Kedah dari darat Olanda dari laut yang tentu orang Kedahnya ada tiga ribu tetapi kita belum tahu entah mau kompeni Wilanda entah tidak tetapi khabar itu sah sebagai lagi apabila ada perahu dagang yang ada singgah di Selangor bolehlah kita suruh ia pergi ke Pulau Pinang dahulu ada sebuah perahu Bugis namanya Nakhoda Lusuq serta adalah kain2 sedikit2 dibawanya itupun sudahlah ia kita suruh pergi ke Pulau Pinang di dalam bulan Muharam ini sebagai lagi kita minta bicarakan beras barang dua puluh koyan atau sepuluh koyan sebagai lagi seperti bendera yang sahabat kita kirimkan kepada kita yang dibawa oleh tandil dahulu sudahlah kirimkan kepada Kapitan Wilsin itu melainkan sahabat kita terimalah kepadanya supaya jangan menjadi fitnah orang kepada kita kerana sekarang ini kita mau pinta bendera kompeni Olanda supaya jangan kita beroleh susah kerana habis kita punya fikir lagipun sahabat kita tiada mau menolong dengan sungguh hati intaha al-kalam tersurat kepada tiga puluh hari bulan Safar tarikh sanah 1202
No comments:
Post a Comment