Al-Shams wa al-qamar
Bahawa inilah surat tulus serta ikhlas suci putih hati iaitu daripada khadrat Maulana Paduka Seri Sultan Ibrahim yang di atas tahta kerajaan di dalam bandar negeri Selangor Darul Khusus datang kepada sahabat kita Kapitan Lik
kita nyatakan ada dahulu perjanjian Kapitan Tomas Faris dengan kita dianya hendak memberi bendera kompeni Inggeris kepada kita melainkan hendaklah sahabat kita tolong bicara hantarkan ke Selangor di dalam bulan puasa ini hubaya2 jangan tiada dan lagi seperti surat kita yang kita kirimkan kepada Jenderal di Benggala itu jikalau lambat sampai melainkan Kapitan Lik dengan Kapitan Uskutlah bicara menyampaikan ke Benggala kepada bulan ini juga dan lagi kita minta tolong bicarakan meriam barang empat lima pasang atau enam pasang yang panjang enam hasta atau tujuh hasta atau lebih lagi panjangnya serta dengan pelurunya sekali dan senapang yang baik2 buatan Kompeni Inggeris barang dua ratus dan lagi kita minta belikan perkakas besi barang empat ratus ringgit atau lima ratus ringgit pertama2 banji dan gergaji dan pahat dan bor dan kikir besi dan kikir kayu dan gergaji besar barang sepasang panjangnya sedepa melainkan hendaklah kapitan bicarakan juga selengkapnya perkakas besi tetapi di luar kapak buatan Ingger itu sahaja tamat al-kalam bi al-khair wa salam sanat 1199 tersurat kepada enam likur hari bulan Syaaban alif lam mim ‘ain ra wau fa alif lam kaf ra kha
No comments:
Post a Comment