Al-Shams wa al-qamar
Bahawa inilah surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada khadrat Duli Yang Dipertuan yang semayam di atas Bukit Selangor barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya kepada sahabat kita Gobernor yang memerintahkan negeri kota Pulau Pinang yang amat setiawan dan berkasih kasihan dan sahabat bersahabat supaya kekal selama lamanya antara Selangor dengan Pulau Pinang maka masyhurlah warta ihsannya kepada tiap2 negeri yang lain wa ba’dah
kemudian daripada itu akan hal seperti besi lantai yang dibawa oleh Kapitan Daril itu telah sudahlah kita terima akan harga besi itu sudahlah terserah kepada Kapitan Daril itu timah kita berikan tiga puluh sembilan bahara semuanya melainkan janganlah sahabat kita marah2 kepada Kapitan Daril itu kerana kita ada susah sedikit sebab itulah ada lambat sedikit sebagai lagi jikalau sahabat kita menyuruh ke Selangor kita minta carikan kain gara barang suatu bungkus dan celupan barang tiga empat kodi dan asahan yang halus2 dua tiga kayu dan sebagai lagi seperti saudara kita itu Raja Muda pun sudahlah kita suruhkan ke Pulau Pinang maka sekarang apa2 pun perkhabaran sahabat kita kepada saudara kita itu melainkan sahabat kita berkirimlah surat kepada kita supaya kita boleh tahu dan lagi kita minta carikan kalamkari tanah putih yang halus2 barang tiga kayu tersurat kepada sebelas hari bulan Syawal intaha al-kalam bi al-khair wa al-salam sanah 1202
Dan lagi kita carikan penabur senapang barang tiga puluh kati yang kasar2
No comments:
Post a Comment