Qawluhu al-Haqq
Sighat al-ikhlas serta suci putih hati yang tiada berhingga sedikala ada peredaran cakerawala bulan dan matahari iaitu daripada Datuk Bendahara serta Datuk Keempat Suku yang bermakam dalam negeri Batu Bahara barang disampaikan Allah Tuhan sarwa alam kiranya datang kepada Datuk Garunnador yang ‘aziz lagi karim iaitu sahabat sahaya kapitan besar kota yang istirehat al-akhiri dalam bandar negeri Pulau Pinang yang telah beroleh pangkat dan darjat serta kebesaran dan kemuliaan lagi amat baik budi pekerti dan lagi bijaksana pada melakukan perintah sahabat bersahabat kasih dan berkasihan pada segala negeri dan serokan maka amat masyhurlah warta yang demikian itu maka beberapa segala hamba Allah minta doa barang dikekalkan Allah kiranya perangai yang waleh itu serta pula kita pohonkan kepada Allah Azza wa Jalla barang dilanjutkan Allah kiranya umur zaman min kul wahin
syahadan ada pun kemudian daripada itu maka sahaya maklumkan warkat al-ikhlas ini kepada Datuk Garunnador yang tiada sepertinya ini daripada Datuk Bendarhara serta Datuk yang Keempat Suku ada pun akan hal seperti bandar dalam Batu Bahara dahu Datuk Kaya yang memegang dia maka sekarang ini sudahlah dipulangkan Datuk Kaya kepada Datuk Bendahara serta Keempat Suku maka sorang sudahlah dipulangkan oleh Datuk Bendahara serta Datuk Keempat Suku kepada tangan Datuk O[r]ang Kaya Muda maka inilah sahaya nyatakan kerana sama Batu Bahara sama Pulau Pinang jika Datuk menyuruh atau Kapitan Skot muliakan janganlah Datuk takutan jika ke suatu hal dan akhwalnya daripada hal perniagaannya dalam Batu Bahara atau cacat binasanya melainkan atas Datuk Bendahara serta Datuk Keempat Suku asal jangan ada lapaui adat Datuk yang Keempat Suku serta adat Bendara jika satu hilang harta kapal sepuluh digati oleh Datuk Bendahara serta Datuk Keempat Suku serta Datuk Bendara ada pun kemudian daripada itu jangan tiada tahu Datuk Garunnard serta Kapitan Misr Skot ada pun kapal yang dibawa oleh Amat Kasasi itu akan hal perniagaannya tiada dengan usulnya akan hal rotan yang dibawanya lima ribu dan lada sepuluh bahara dan budak dua orang itupun tiada ia sempat berselesai kepada Bendara Enci Amat Kelasi itu kerana kapitan tiada naik Enci Amat Kelasi juga yang turun naik berniaga hal daripada cukai dagangan tiadalah dilesaikannya dengan Bendara ia pun lalulah berlayar itulah maka dinyatakan oleh Datuk Bendahara serta Datuk Keempat Suku serta dengan bandar sekali hingga akan berniaga melainkan hendaklah Datuk ingat daripada hal bicara perniagaan itu kerana sama negeri batu Bahara sama negeri Pulau Pinang intaha al-kalam tamat pada hari Ahad pada waktu pukul dua belas bulan Ramadhan tamat al-kalam
Daripada itu sesupun tiada alamat pada Datuk Bendarhara serta Datuk Keempat Suku muda hanyalah doa fi al-lail
No comments:
Post a Comment