Bismillah al-Rahman al-Rahim
Alhamdulillah wahdah wa al-salat wa al-salam ‘ala man la nabiy ba’dah bahawa inilah warqat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas iaitu daripada Tengku Sayid Husain ibn al-marhum al-Habib Abdul Rahman ‘Aidid barang disampaikan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala apalah kiranya datang kepada sahabat kita Tuan Gurnador Raja di Pulau Pinang dan Kapitan Uskut
barang mafhumlah kiranya akan hal hamba telah sampai ke negeri Aceh dengan selamatnya maka surat tuan pun sudah hamba antar kepada Raja serta hamba khabarkan akan hal ahwalnya sekaliannya maka jawab Raja Aceh baiklah boleh hamba balas surat serta dengan orang hamba kepada Tuan Gurnador kemudian maka hamba pun melihat perintah negeri Aceh tiada bertahuan di dalam susah maka hamba pun hendak balik semuanya dalam kapal itu maka adalah musykil sedikit sebab dalam bulan puasa maka hamba suruhlah Encik Latif balik dahulu ke Pulau Pinang serta dengan anak isterinya dan Encik Amat membawah pangkas sedikit banyak tuan tolong suruh simpan ke dalam gedung pada kerani Mahyuddin dan Encik Amat suruh jika baik2 dan lagi ada peti hamba tiga biji tuan tolong ambil simpan kepada tuan dan akan hal Encik Latif itu tuan tolong beri akan dia tempat sedikit dan jikalau boleh2 pada tempat khalifah tempat hamba duduk dahulu itupun mana yang patut kepadanya supaya boleh tuan suruh kerjakan rumah akan hamba dalamnya barang dua buah mana yang baik kepada tuan dengan segeranya dan akan hal belanjanya itu mana yang sijukinya tuan belanjakan baik seribu atau lebih tiada jadi apa itulah tolong tuan akan hamba dan lagi akan hal hamba pun dengan tolong tuan suruh mengambil dengan kapal yang baik kepada awal bulan Zulkaedah barang sampailah ke Aceh jangan tiada itulah tolong tuan kepada hamba dan lagi tuan ajarkan kapitan kapal yang datang mengambil hamba ke Aceh itu jangan dia mengatakan kepada Syahbandar sahaja datang mengambil hamba biar dia katakan datang meniaga jadi banyak seturi kepada Raja Aceh biarlah hamba menampakkan kepada orang Aceh hamba hendak menupang kepada kapitan itu ke Pulau Pinang supaya jangan jadi sangka kepada hati orang ada sesuatu perkerjaan demikianlah adanya tamat al-kalam bi al-khair wa al-salam ma’a al-khitam tersurat warqat ini pada dua puluh hari bulan Ramadhan hari Selasa sanah 1205 maka suatupun tiada burhan al-hayat hanya ada kain Aceh dua kayu dan minyak sapi dua takal setengah seorang dengan Kapitan Uskut tiada sempat mencari yang lain melainkan maaf tuan banyak adanya tamat al-kalam wa al-khitam
No comments:
Post a Comment