Wednesday, June 17, 2020

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS 40230/11, f.52) berkaitan hutang dan pembelian meriam (Sabtu, 8 Zulkaedah 1205 / 9 Julai 1791)

Al-Shams wa al-qamar

Warkat al-maujud dan hadiat al-mamdud maka diperpesertakan  dalamnya tulus dan ihlas  serta suci putih hati iaitu daripada Yang Dipertuan Selangor yang semayam di atas tahta  singgasana  kerajaan Darul Khusus barang disampaikan Tuhan kita sarwa alam sekalian apalah kiranya kepada pihak sahabat kita Senyur Gobernor yang mempunyai kebesaran dan perintah serta kemuliaan di dalam kota Pulau Pinang yang sangat makmurnya dan lagi masyhur warta yang baik dan kemurahan pada mengembirakan  senakhi  dan ihsan wa al-aman daripada berkasih kasihan antara sahabat handai sekalian lagi sangat mengasihan akan segala dagang yang muhtaj kepadanya yang qarib dan yang ba’id barang tetap kiranya sahabat kita di atas kebesaran dan kemuliaan dengan sempurna sejahtera adanya selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan dengan cahayanya jangan kiranya diberi berkeputusan kasih berkasihan pada antara kita kedua barang sentosa jua adanya amma ba’dah 

daripada itu barang istifham kiranya sahabat kita maka adalah kita memberi surat kehadapan sahabat kita dibawa oleh Nakhoda Ahmad daripada menyatakan ahwal tatkala sahabat kita menyuruhkan Kapitan Bongkok ke Selangor memeriksa daripada utang  saudara kita yang hilang di Aceh serta membawa daftar Kapitan Usakut  hendak menyelesaikan daripada utangnya  Kapitan Usakut kepada kita dan utang  saudara kita yang hilang di Aceh kepada sahabat kita maka di dalam kepada itu bahawa segala2 tiada yang di dalam hati kita bicara yang demikian itu yang kepada hati kita siang dan malam tiada lainnya Pulau Pinang dengan Selangor yang utang  saudara kita itu melainkan utangnya  juga yang utang  Kapitan Usakut  itu melainkan utangnya  juga sahadan  daripada perkara surat sahabat kita kepada kita yang dibawa Kapitan Bongkok mengatakan sahabat kita hendak menyuruhkan Kapitan Usakut  ke Selangor menanti selesai perkerjaan  sahabat kita dengan orang Kedah maka dia ke Selangor maka kita pun menantilah maka tiadalah kita lupa dan lalai daripada hal demikian daripada siang dan malam menanti akan datangnya jikalau dia datang kepadanyalah kita selesaikan daripada hal utang  saudara kita kepada sahabat kita kemudian kita empunya tabik banyak2 kepada Kapitan Usakut  jikalau dia datang ke Selangor kita minta bawakan meriam besar barang dua pasang yang panjang dua depa barang mana patut harganya tiada kita salahi daripada harganya kita beri timah barang mana yang ada kerana dia pun sahabat kita lama juga tiada juga kita lupa akan dia melainkan dia juga yang lupa kepada kita kerana kita orang miskin maka suatupun tiada tanda ihlas  daripada kita hanya doa fi al-lail wa al-nahar intaha al-kalam tersurat kepada delapan hari bulan Zulkaedah waktu Zohor hari Sabtu tarikh sanah 1205

No comments:

Post a Comment