Sunday, June 21, 2020

Surat Sultan Ibrahim Selangor kepada Francis Light (MS 40320/11, f.59) berkaitan hubungan dengan Inggeris dan jualan timah (1201 / 1786/87)

Al-Shams wa al-qamar

Bahawa inilah warkat al-ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada khadrat  Seri Paduka al-Sultan Ibrahim Khalifah al-Mukminin yang semayam di atas tahta singgasana kerajaan di dalam bandar negeri Selangor Darul Khusus barang disampaikan Tuhan semesta alam apalah kiranya kepada sahabat kita Senyur Gobernor yang memerintahkan di dalam negeri kota Pulau Pinang ialah yang amat setiawan dan dermawan daripada melakukan antara sahabat bersahabat kasih berkasihan serta dengan mengasihi segala dagang senteri yang pergi datang maka masyhurlah warta ihsannya kepada tiap2 negeri yang lain wa ba’du 

kemudian daripada itu akan hal seperti surat daripada sahabat kita yang dibawa oleh Pengulu  Jeram  telah sampaikan kepada kita di dalam kepada itu maka adalah kita menyuruhkan Pengulu  Jeram itu mendapatkan sahabat kita serta kita suruh melihati sulab Belanda itu jikalau sudah berlayar sulab Belanda itu hendaklah sahabat kita suruhkan Pengulu  Jeram itu kembali kepada kita dengan segeranya supaya boleh kita berlayar mendapatkan sahabat kita kerana kita hendak bertanyakan kepada sahabat kita perjanjian yang dahulu jikalaukan adapun bolehlah kita ketahui jikalau kan tidak pun bolehlah kita ketahui jangan menjadi arap  arapan  supaya bolehlah kita mencari ikhtiar yang lain sebab itulah maka sangat kita hendak berjumpa dengan sahabat kita meskipun barang2 setengah jam pun sudahlah asalkan berjumpa mulut sama sahabat kita kemudian daripada itu ada kita berkirim emas sekati serta kita minta tolong kepada sahabat kita jualkan kepada kapal Mako  dengan harga dua puluh lima ringgit di dalam sebonggol kemudian ada timah sedikit2 dibawanya itupun dengan tolong sahabat kita juga menjualkannya jikalau sudah terjual emas dengan timah itu melainkan sahabat kita serahkanlah kepada tangan Pengulu  Jeram itu kemudian lagi kita pintak kepada sahabat kita ubat belayit  barang dua pipa hendak kita buat pemainan intaha al-kalam bi al-khair wa al-salam sanah 1201

No comments:

Post a Comment