Tuesday, June 2, 2020

Surat cit Seri Maharaja Dewa kepada Francis Light (MS 40320/10, f.143) berkaitan penghantaran beras (2 Rejab, Jumaat)

Surat cit perhamba Seri Maharaja Dewa maklumkan kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang arif bijaksana lagi teramat mulia 

ahwal itulah beras tengah tiga koyan perhamba muat di dalam perahu Nakhoda Ismail Lebai itu pinta tuan terima ambil beras itu beri balik nakhoda itu dengan segeranya ahwal itulah perhamba maklumkan perbuat surat dua hari bulan timbul Rejab pada hari Jumaat tamat

No comments:

Post a Comment